Tuesday 1 March 2011

SET BERSALIN

SET BERSALIN IBU HALIMAH
SET BERSALIN IBU HALIMAH
Maklumat Produk

Set bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk  kegunaan umum.  Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan, manakala bengkung yang disediakan adalah mengikut bengkung tradisional Melayu.  Set ini adalah lengkap untuk penggunaan  44 hari tempoh berpantang.
Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi:-

1.  Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
2.  Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
3.  Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
4.  Pilis 1 bekas 200 gram
5.  Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
6.  Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
7.  Bengkung 1 helai
8.  Tungku Kukus Berherba 1  unit
1.  Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
Bancuhkan satu sudu besar Jamu MakDara ke dalam setengah cawan air panas .Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
2.  Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
Jamu Mak Dara ialah untuk membuang toksik dalam badan , menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, menambahkan nafsu syahwat,mengembalikan  tenaga , memperbaiki system kitaran haid, membuang angin , membakar lemak ,menurunkan berat badan,mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda.Pemakanan dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar keluaran tubuh wanita.
3.  Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.
4.  Pilis 1 bekas 200 gram
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun dan  pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa di alami ibu ibu baru lepas bersalin.
5.  Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan  segar dan berseri.

6.  Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan  sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk
Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam akibat  kulit  pecah.

7.  Bengkung 1 helai
Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk di gunakan sebgai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
8.  Tungku Kukus Berherba 1  unit
Tungku herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan  ia bahan pemulih semulajadi.Selain itu ia juga  di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapankebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Harga: RM350.00

*********************************************************************************
Set bersalin Leesa Formula-Set A
Set bersalin Leesa Formula-Set A
Maklumat Produk

ConfineMum Set A
Terdiri daripada:
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel

KEISTIMEWAAN SET CONFINEMUM
Formula yang inovatif. Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.
Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.
Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.
  • Boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan.
    Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum bermula hari keempat selepas melahirkan. Tetapi ibu yang bersalin pembedahan adalah dicadangkan mengikut aturan berikut :
    • Body Contour Gel - Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.
    • Pek Tungku Herba - Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
    • Bengkung Correctuer - Boleh dipakai selepas 2 minggu melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.
  • Formula yang inovatif.

    Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

  • Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

    Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

  • Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

    Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

  • Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).

    Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

  • Ringkas dan mudah.

    Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

  • Praktikal dan tidak membazir.

    Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.


Harga: RM215.00
**********************************************************************************
Set bersalin Leesa Formula-Set B
Set bersalin Leesa Formula-Set B
Maklumat Produk

Set Ibu Bersalin - 6 Produk
(Prawan + Haruan + Ginger Cream + Body Contour Gel + Telon + Bengkung Correctuer)

Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Penggunaan ConfineMum Set B
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.

Tablet Haruan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.


Tablet Prawan
Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.

Ginger Cream
Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel

Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.

Minyak Telon
Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.

Bengkung Correctuer
Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.

       

Harga: RM260.00
***********************************************************************************
Set bersalin Premium Leesa Formula
Set bersalin Premium Leesa Formula
Maklumat Produk

ConfineMum Set Premium
Terdiri daripada:
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon, Bengkung Correctuer ,Pek Tungku Herba ,Cotet Emas Uncang& Body Contour Gel
CARA PENGGUNAAN SET PREMIUM CONFINE MUM LEESA FORMULA

Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.
 
Harga: RM350.00 
***********************************************************************************
Set ubat bersalin Afiat
Set ubat bersalin Afiat
Maklumat Produk

"Jamu Bersalin Yang Lengkap Khusus Untuk Mengembalikan Kecergasan Anda!"

Ubat Bersalin Afiat merupakan produk Afiat Marketing yang dipasarkan semenjak tahun 1924. Ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin. Ubat Bersalin Afiat boleh digunakan sehingga habis pantang 44 hari.

Ubat Bersalin Afiat mengandungi:

• Pil Afiat untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga
• Bedak Hangat untuk disapu seluruh badan selepas mandi
• Minyak Afiat untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat
• Pati Afiat untuk disapu pada bayi
• Akar Kayu untuk direbus 20 hari selepas bersalin
• Barut Berubat untuk membantu mengempiskan perut
• Pil Jamu Sihat Afiat untuk menyegarkan kembali wajah dan badan wanita


Harga: RM89.90

***********************************************************************************
Jamu Selapan Mustika Ratu
Jamu Selapan Mustika Ratu
Maklumat Produk
Rawatan 40 hari selepas Bersalin.

Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin.

Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

Jamu Selapan Mustika Ratu mengandungi :

1. Tapel Raket Mustika Sejati
2. Pulih Balung Sumsum
3. Pilis Wangi
4. Bancar Air Susu
5. Parem Segar Sumyah
6. Jamu Galian Parem Wangi
7. Minyak Telon
8. Minyak Kayu Putih
 
Harga: RM88.00

***********************************************************************************
Set Bersalin Atika Beauty
Set Bersalin Atika Beauty
Maklumat Produk

Set Bersalin Atika Beauty
Set Lengkap  Bersalin Untuk 40 Hari Ini Mengandungi :

a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

Jamu Bersalin 1

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.


Jamu Bersalin 2

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.


Teh Herba Tampang

Sebagai minuman selepas bersalin.

Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.


Minyak Herba

Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.


Minyak Bayi

Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.


Rempah Pembersih Wanita


Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.

Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.


Param

Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.


Tapal

Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.


Pilis

Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



Harga: RM300.00


POTONGAN 20% UTK SEMUA JENIS SET BERSALIN... T&C**
HUBUNGI PN.LYN UTK KETERANGAN LANJUT 0122192559

No comments:

Post a Comment